REVIEW BUKU NOVEL
(SHERLOCK HOLMES THE HOUND OF THE BASKERVILLES)
SHERLOCK HOLMES DAN DR. WATSON MENYIASAT DI RUMAH BESAR BASKERVILLE
TAJUK BUKU : SHERLOCK HOLMES THE HOUND OF THE BASKERVILLES
BAHASA : BAHASA MELAYU
PENGARANG : SIR ARTHUR CONAN DOYLE
PENTERJEMAH : NOR AZILA ZAINAL ABIDIN
PENERBIT : PENERBIT X
KATEGORI : PENYIASAT DAN MISTERI
JENIS BUKU : NOVEL
ISBN :978-967-369-438-9
UKURAN BUKU : 11.5 X 18.3 CM
MUKA SURAT :298 M/S
HARGA : RM 18.00
TAHUN TERBITAN : 2020
RATING : 9/10
Sherlock Holmes (The Hound Of The Baskervilles) edisi bahasa Melayu ini merupakan karya Sir Arthur Conan Doyle yang diterjemahkan oleh Nor Azila Zainal Abidin yang dapat memberikan anda menerokai dan menambah pengalaman baru semasa membaca. Setiap bab yang ingin di sampaikan dalam buku novel ini penuh dengan misteri dan adegan yang mengujakan.
Hal ini menjadi menarik lagi apabila terdapat kes yang perlu disiasat oleh detektif terkenal itu (Sherlock Holmes) dan sahabatnya (Dr. Watson) melibatkan makhluk ghaib! Hal ini kerana Sherlock Holmes merupakan watak utama yang cerdas dan menggunakan pemikiran kritisnya dalam menyelesaikan kes- kes penyiasatannya.
Pada mulanya seorang doktor menemui Sherlock Holmes untuk meminta bantuan dari penyiasat terkenal itu bagi menyiasat keadaan sebenar yang telah berlaku di rumah agam Baskerville dan melindungi kawannya yang merupakan seorang bangsawan dan juga pewaris terakhir keluarga Baskerville.
Hal ini disebabkan oleh misteri kematian bapa saudara yang merupakan pewaris rumah agam itu sebelum anak saudaranya. Terdapat desas desus kematian bapa saudaranya yang bukan mati disebabkan masalah jantung tetapi ia kutukan anjing puaka. Rumah agam itu dikaitkan dengan misteri anjing puaka yang telah menghantui beratus tahun dahulu.
Menurut penduduk yang tinggal berdekatan desa itu anjing itu berwarna hitam pekat dan bertubuh besar malah mata dan mulutnya dapat mengeluarkan api. Tidak hanya itu, hampir setiap malam akan terdengar bunyi lolongan anjing yang mengerikan itu. Dan kenapa ia dikaitkan dengan anjing puaka? Adakah memang benar anjing puaka itu wujud?
Pewaris rumah agam yang baharu itu menjemput Sherlock Holmes dan Dr. Watson untuk hadir dan menemaninya bersamanya ke rumah agam Baskerville tetapi malangnya Sherlock Holmes tidak dapat hadir dan meminta Dr. Watson pergi terlebih dahulu. Dengan berat hati Dr.Watson pergi sementara Sherlock menyiasat kes lain.
Sesampainya Watson ,doktor dan pewaris itu di kawasan perkarangan rumah agam suasana bertukar menjadi seram sejuk dan amat menyeramkan lagi apabila mereka melangkah masuk ke pintu rumah itu. Mereka disambut oleh pembantu rumah yang telah lama berkhidmat. Suasana di dalam berubah mejadi suram dan kelam. Terdapat galeri kecil di dalam rumah agam itu yang mengantungkan gambar-gambar leluhur terdahulu yang tinggal di rumah agam.
Watson dapat merasakan ada yang tidak kena dengan pembantu rumah yang menjaga rumah agam seperti menyorokkan sesuatu. Terdapat banyak petunjuk yang tidak difahami. Adakah Watson dapat menyesaikan misteri ini? Dan adakah Sherlock Holmes membantu dalam kes kali ini? Jika terdapat kes pembunuhan apakah motif sebenar pembunuh itu?
Teknik penulisan dan penyampaian dalam novel ini telah menarik minat saya kerana terdapat banyak plot yang digunakan seperti saspens, kejutan, dan banyak lagi malah gaya bahasa seperti sinkope membuatkan rasa ingin tahu saya memuncak dan berdebar debar. Lebih lagi pada bahagian plot klimaks yang terdapat adegan berlari mengejar dan tembak menembak.
Novel ini sesuai dibaca oleh remaja dan penggemar misteri dan aksi.
Ulasan
Catat Ulasan