Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari berbuat salah. Sama ada sesama manusia ataupun Allah SWT.
Taubat bermaksud kembali ke jalan Allah SWT
Terdapat tiga syarat untuk bertaubat :
1. Menyesal
2. Berhenti dari melakukan perbuatan yang Allah SWT murka
3. Berazam tidak akan melakukannya lagi
Syarat diatas hanya berlaku apabila diri kita melakukan perbuatan yang Allah SWT murka tetapi jika ia bersangkut dengan orang ataupun manusia lain hendaklah kita mencari balik orang yang bersangkutan itu dan meminta maaf.
Sebagai contoh,
Kita telah mencuri duit sebanyak RM 100 dari seorang penjual.
Oleh itu kita hendaklah memulangkan RM 100 kembali kepadanya sesungguhnya itu merupakan perbuatan dosa antara kita dengan penjual itu.
Sesungguhnya Allah SWT maha pengampun.
Selain itu, kita juga digalakkan melakukan solat sunat kerana ia merupakan amalan terbaik selepas solat fardu.
Hanya dengan niat solat sunat sudah memadai tetapi ulamak meletakkan nama 'solat sunat taubat' untuk memudahkan kita untuk membezakan solat sunat kerana terdapat banyak solat sunat.
Niat Solat Taubat
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala
Menunaikan Solat Taubat
setelah niat dan mengangkat takbir, bacalah doa iftitah
Rakaat pertama
surah Al Fatihah + surah lazim (mana mana surah)
Rakaat kedua
surah Al Fatihah + surah lazim (mana mana surah)
semasa sujud yang terakhir ( sebelum duduk dalam kedudukan tahiyat akhir), ucaplah seperti berikut sebanyak 40 kali :
Maksudnya : Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
Doa Selepas Solat Taubat
Sebelum membaca doa kita boleh beristighfar kepada Allah SWT. Ini adalah antara yang boleh kita ucapkan :
Jangan cepat sangat bangun dari sejadah tetapi berdoalah dengan penuh rasa bersalah agar Allah SWT mengampunkan dosa dan kita juga boleh menggunakah nama Allah SWT seperti Al-'Afuww (Maha Pemaaf), Al-Ghaffaar (Maha Pengampun), dan Al- Samii' (Maha Mendengar) untuk lebih dekat dengan Nya.
Semoga kita semua dalam kalangan hamba yang diredhai oleh Allah SWT, Aamiin!
dan jangan lupa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
Ulasan
Catat Ulasan