MACAM MANA NAK BELAJAR NI?!!
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ
Hi awak semua!
Saya ada sedikit petua-petua untuk dikongsikan macam mana
nak belajar secara berkesan. Secara amnya terdapat 3 langkah-langkah iaitu :
1.
Buat persedian
2.
Meja
3.
Semasa belajar
1. Buat persedian
·
Bersihkan bilik awak. Hal ini dapat mewujudkan
persekitaran yang bersih dan nyaman semasa belajar.
·
Bersihkan meja tempat awak belajar.
·
Basuh tangan dan muka awak agar lebih segar.
·
Pakai baju yang bersih dan selesa.
·
Pastikan bilik awak dalam keadaan terang supaya
tidak mengantuk.
·
Letakan buku nota atau rujukan berdekatan dengan
awak. Nanti senang nak rujuk!.
2. Meja
·
Pastikan awak belajar di di meja dan bukannya di
katil nanti mengantuk!
·
Duduk di atas kerusi dan selesakan dengan meja
awak.
·
Baca doa sebelum belajar.
·
Letak beberapa snek dan air putih yang
secukupnya. Otak awak mungkin akan proses dengan lebih pantas!
·
Jauhkan telefon pintar awak dari meja.
·
Tutup semua wifi, notifikasi atau benda yang
akan menggangu awak semasa belajar.( jika boleh..)
·
Letak semua keperluan yang awak perlukan
berdekatan dengan meja supaya nanti senang nak capai!
Cth:(tisu,pen,highlighter,pembaris, dan sebagainya)
·
Makan coklat atau manisan seperti kurma sebelum
mula belajar.
3. Semasa belajar
·
Buat dalam masa yang singkat (antara 30 min – 40
min) setiap sesi.
·
Selepas sesi pertama selesai, awak boleh rehat
sebentar untuk makan manisan atau buat regangan badan dan kembali study balik.
·
Pastikan awak minum air secukupnya!.
·
Sentiasa ingat tujuan apa awak study tu, dan
jangan terlalu tertekan kerana ia tak akan menyelesaikan masalah pun! Tarik
nafas dalam-dalam ingat ALLAH SWT.
Nanti
saya akan kongsikan macam mana nak buat nota dan beberapa hal yang lain.
Kalau
buntu mintak doa dengan Allah SWT. Mudah mudahan dibukakan pintu hati dan minda
kita semua dalam menyelesaikan masalah semasa belajar ataupun semasa bekerja.
Aamiin. Insya-Allah.
TERIMA
KASIH!
Terima kasih!
BalasPadam